sy ingin bertanya.apakah hukum dan penjelasan.sekiranya seorg ayah menilik jodoh utk anak perempuan di makam guru tarikat.kemudian dia memberitahu jodoh anak perempuan dgn pilihannya adalah berat dan akan bercerai berai jika berkahwin.sila berikan ulasan ini.

Menilik nasib seseorang adalah perbuatan yang haram dalam Islam. Oleh itukita tidak boleh mempercayai tilikan tersebut kerana ia boleh membawakepada syirik.

Soal Jawab Agama Berkaitan/ Related post or question:

  1. Assalamualaikum. Saya ingat bertanya apakah hukum untuk mempercayai tilikan seserang yg boleh mengatahui kejadian apa yg telah kita lakukan dimasa lampau. Kebolehan dia hanya dengan melihat orang tersebut dan dia boleh tahu apa yg telah dilakukan dimasa lampau org yg dilihat tersebut. Menurut cerita org yg terdekat. Dia juga mampu mengubat org dengan menggunakan air, limau purut dan sedikit bacaan. Kebolehan beliau diperolehi semasa beliau kecil. Apakah hukum mempercayai tilikan dan apakah hukum jika kita menggunakan khidmat beliau?terima kasih

  2. AssalamualaikumBagaimanakah keadaan jika seorang isteri yang pernah terlanjur dan telah berkahwin dan mempunyai anak luar nikah. Kemudian, anak itu di bin kan kepada suami yang sah. Namun setelah anak berumur 25, dia ingin berkahwin, ketika itulah baru si ibu memberitahu dia adalah anak luar nikah, dan bagaimana dengan wali kepada perempuan tersebut dan berhak atau tidak si ibu menuntut hartanya pada satu ketika nanti?terima kasih

  3. AssamualaikumSaya ingin bertanya mengenai hukum bernikah di dalam bulan Islam. Saya sering dibelenggu masalah untuk bernikah kerana keluarga saya amat percaya bahawa pernikahan di bulan Muraharam & Safar adalah dilarang dalam Islam dan bakal mengundang musibah di kemudian hari. Keluarga saya juga melarang kami adik beradik untuk bernikah di dalam tahun Islam yang sama. Jika saya berkeras untuk bernikah dalam bulan/tahun yg mereka tidak persetujui, berkemungkinan besar saya dan pasangan akan dipersalahkan jika berlaku sebarang masalah di kemudian hari. Saya dan pasangan bakal melanjutkan pengajian (PhD) di luar negara dan bercadang untuk bernikah memandangkan kami sudah mampu (terutama dari segi kewangan) dan umur sudah meningkat.Saya amat tertekan dengan situasi ini. Mohon penjelasan daripada pihak JAKIM. Sila rahsiakan alamat e-mail saya.Wassalam.

  4. salam.saya ingin bertanya.bolehkan kita minta petunjuk drpd guru tarikat. bolehkah kita percaya bahawa jodoh kita tidak akan berkekalan setelah dia mengatakan begitu sedangkan dia tidak mengetahui hal sebenar.salam.saya ingin bertanya.bolehkan kita minta petunjuk drpd guru tarikat. bolehkah kita percaya bahawa jodoh kita tidak akan berkekalan setelah dia mengatakan begitu sedangkan dia tidak mengetahui hal sebenar.

  5. saya ingin tahu lebih lanjut tentang anak sah taraf dan anak tidak sah taraf. saya masih keliru tentang seorang perempuan yang mengandung anak luar nikah dan berkahwin dengan lelaki yang berzina dengan perempuan tersebut sehingga mengandung adakah anak tersebut boleh di bin / binti kan dengan lelaki tersebut atau tidak. apakah yang dimaksudkan jika anak tersebut dilahirkan kurang dari enam bulan usia perkahwinan anak tersebut tidak boleh dibin/dibintikan dengan ayahnya? apakah batasan aurat dengan ayahnya jika anak luar nikah tersebut perempuan. tolongla huraikan kekusutan tersebut. kerana ia boleh mengganggu kehidupan seharian seseorang