Saya mempunya anak saudara yang mengidap jantung berlubang dan doktor tidak boleh menjalankan pembedahan kerana jika dibedah keadaannya adalah sama tidak boleh baik. Dan doktor memutuskan untuk biarkan begitu sahaja sebab semua organ dalaman rosak. Masaalahnya abang saya tidak tahu sama ada patut benarkan doktor mencabut wire utk pernafasan. Jika cabut anaknya akan meniggal. Doktor cuma menuggu kata putus dari abang saya. Abang saya tidak tahu membuat keputusan. Takut macam bunuh sahaja. Terima Kasih.

Harus mencabut wire pernafasan tersebut dengan syarat memang tiada harapansembuh bagi penyakit yang dihidapinya setelah mendapat pengesahan daripadadoktor pakar.

Soal Jawab Agama Berkaitan/ Related post or question:

  1. Assalamualaikum.saya ingin bertanya mengenai euthanasia atau juga dikenali sebagai mercy killing. saya tak tahu macam mane nk describe.. tapi lebih kurang macamnih.. ape hukumnya kalau seseorang itu sudah terlalu uzur, hidup bergantung kepada mesin, yang mana kalau kite cabut mesin tu dia akan mati. ape hukumnya seorang doktor menanggalkan nmesin tersebut…maklumle, orang tu terlalu uzur dan seakan menyeksa dia sahaja kalau lebih lama

  2. Dibolehkan membuang bayi jika kandungan boleh menjejaskan kesihatan/keselamatan ibu. Siapakah yang bertanggungjawab untuk menentukannya. Adakah doktor pakar sakit puan atau doktor yang merawat masalah kesihatan tersebut seperti doktor pakar jantung. Berapa orangkan yang diperlukan dalam membuatkan keputusan. Adakah lebih baik sekiranya di hospital, diadakan panel syariah untuk membuat keputusan. Ahli panel mungkin boleh terdiri daripada doktor pakar sakit puan, doktor pakar perubatan dan seorang doktor pakar yang mahir dan lebih senior. Adakah terdapat fatwa atau ijtihad daripada mana-mana pandangan yang boleh dirujuk dan dijadikan sandaran. Terimakasih

  3. assalamualaikum..saya ada kekeliruan disini,dimana abang ipar saya mengalami masalah mengenai anaknya yang sedang tenat di hospital sejak lahir lagi ..doktor memberitahu jika si anak itu hidup maka seluruh kehidupan nya dalam keadaan cacat.dan doktor memberi dua pilihan (jika berlaku keadaan yg kritikal) sama ada ingin menyelamatkan anak itu atau dibiarkan meninggal..jika kita memilih untuk melepaskan anak itu adakah dosa..dan apakah jalan yang terbaik yang perlu dipilih?

  4. apakah hukum, sekiranya kutipan zakat pada tahun ini tidak habis diagihkan dan masih lagi disimpan untuk tahun-tahun mendatang? berapakah tempoh sepatutnya zakat ini boleh disimpan?

  5. Apakah hukum pendermaan organ? Tidakkah mayat akan sakit bila organ-organnya diambil oleh pihak hospital.