SAYA BELUM BERKAHWIN TETAPI TELAH BANYAK KALI MELAKUKAN ZINA DENGAN KEKASIH,TERMASUKLAH PADA SIANG HARI PADA BULAN RAMADAN.SAYA INGIN BERTAUBAT DARI TERUS MELAKUKAN MAKSIAT TERSEBUT.SAYA PERNAH TERBACA,JIKA PASANGAN SUAMI ISTERI BERSETUBUH PADA SIANG HARI PADA BULAN RAMADAN,DIA HENDAKLAH MEMBAYAR DENDA.BAGAIMANA PULA DENGAN SAYA?JIKA SAYA DITUNTUT UNTUK BERPUASA SELAMA 3BULAN BERTURUT-TURUT SEBAGAI DENDA UNTUK DOSA TERSEBUT,ADAKAH 3BULAN TERSEBUT UNTUK SEKALI MAKSIAT TERSEBUT TERJADI,KERANA SAYA TELAH MELAKUKAN MAKSIAT TERSEBUT BEBERAPA KALI PADA BULAN RAMADAN.SAYA AMAT MENYESAL KERANA TELAH MENZALIMI DIRI SENDIRI DAN INGIN KEMBALI KEPANGKAL JALAN.BANTULAH SAYA USTAZ/USTAZAH.perempuan, manusia atau binatang. Persetubuhan-persetubuhan ini memberi kesan yang sama kepada puasa jika cukup syarat-syaratnya iaitu; (1) Wajib diganti puasa, dan (2) Wajib kaffarah atasnya.2. Apabila berbilang hari berlaku persetubuhan maka berbilang jugalah kaffarah yang mesti ditunaikan. Contohnya, jika persetubuhan belaku pada empat hari, maka kaffarah yang mesti ditunaikan ialah empat juga. Adapun jika persetubuhan berlaku berulang-kali pada hari yang sama, maka kaffarah yang dikira hanya sekali sahaja.

Syukur ke hadhrat Allah, kerana anda telah menginsafi kesalahan yang telahdilakukan. Insya’ Allah, anda kan diampunkan oleh Allah sekiranya andabenar-benar menyesal dan bertaubat.Orang yang melakukan persetubuhan di siang hari pada bulan Ramadhan samadadengan pasangan yang sah atau berzina di batal puasanya. Bagi isteri atauperempuan, dia wajib mengqadha puasanya batal itu. Manakala bagi suamiatau lelaki diwajibkan membayar kaffarah. Kaffarahnya adalah sepertiberikut:a) Membebaskan seorang hamba mukminb) Jika tidak didapati atau tidak mampu, hendaklah ia berpuasa dua bulanberturut-turut (yakni tanpa selang)c) Jika tidak mampu setelah berusaha bersungguh-sungguh, hendaklah iamemberi makan 60 orang miskin.Menurut ulamak; termasuk dalam erti persetubuhan yang mewajibkan kaffarahialah; mensetubuhi faraj, dubur (iaitu meliwat), persetubuhan melalui zinaatau syubhah atau dalam nikah yang fasid, sama ada mensetubuhi lelaki atau

Soal Jawab Agama Berkaitan/ Related post or question:

  1. assalamualaikum… ustaz saya nak tanya berkenaan orang yang berzina pada bulan puasa apakah hukumnya?dan apakah dendanya mengikut syariat islam?setiap orang satu cupak makanan asasi penduduk setempat. Bagi penduduk Malaysia, makanan asasinya ialah beras.Menurut ulamak; termasuk dalam erti persetubuhan yang mewajibkan kaffarah ialah; mensetubuhi faraj, dubur (iaitu meliwat), persetubuhan melalui zina atau syubhah atau dalam nikah yang fasid, sama ada mensetubuhi lelaki atau perempuan, manusia atau binatang. Persetubuhan-persetubuhan ini memberi kesan yang sama kepada puasa jika cukup syarat-syaratnya iaitu; (1) Wajib diganti puasa, dan (2) Wajib kaffarah atasnya.2. Apabila berbilang hari berlaku persetubuhan maka berbilang jugalah kaffarah yang mesti ditunaikan. Contohnya, jika persetubuhan belaku pada empat hari, maka kaffarah yang mesti ditunaikan ialah empat juga.[1] Adapun jika persetubuhan berlaku berulang-kali pada hari yang sama, maka kaffarah yang dikira hanya sekali sahaja.[2]3. Jika seseorang itu membatalkan puasa dengan perkara lain selain persetubuhan (seperti dengan makan, minum atau sebagainya), kemudian setelah puasanya batal barulah ia bersetubuh dengan isterinya, menurut mazhab Syafi?ie; ia tidak dikenakan kaffarah kerana kafffarah diwajibkan ke atas orang yang membatalkan puasanya dengan jima? (persetubuhan). Dalam masalah ini, puasa itu batal dengan sebab makan atau minum, adapun persetubuhan ia berlaku setelah terbatalnya puasa.

  2. Apakah denda yang perlu dibayar oleh seorang wanita yang melakukan persetubuhan pada siang hari di bulan Ramadhan?

  3. Assallamualaikum…Pertamanya saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada pihak tuan/puan kerana sudi untuk meluangkan masa untuk membaca masalah saya ini. Masalah ini dihadapi oleh kekasih saya tetapi saya rasa menjadi tanggungjawab saya untuk membantu beliau menyelesaikan masalah ini kerana beliau menceritakan segala ketelanjuran yang pernah beliau lakukan sebelum bersama dengan saya. Tahun lalu, sewaktu bulan Ramadhan, kekasih saya melakukan hubungan kelamin sebelum pulang ke kampung bersama-sama dengan pasangan beliau ketika itu. Sewaktu itu, betul-betul azan subuh. Pasangan beliau sudah ada di atas badan kekasih saya dan bersedia untuk melakukan hubungan kelamin. Kekasih saya tidak berani untuk menolak kerana takut pasangannya itu terasa hati. Akhirnya, mereka melakukan perkara yang terkutuk itu. Jadi, masalahnya di sini, bagaimanakah denda yang perlu dibayar oleh kekasih saya dan pasangannya ketika itu?dan adakah alternatif lain sekiranya beliau tidak mampu?

  4. orang berzina bulan puasa, tetapi semasa dia berzina dia tidak berpuasa, apa hukum dia. . adakah dikenakan denda berpuasa 3 bulan berturut-turut.

  5. Ketika baru berkahwin pada tahun 1998 dahulu saya telah terlanjur bersetubuh pada siang hari bulan puasa. Kini baru saya sedar dan insaf.Berapakah kifarrah yang perlu saya jelaskan dan bagaimana caranya?


1 Comment

Leave Your Comment

Your email will not be published or shared. Required fields are marked *


six × = 12

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>