Bagaimanakan penentuan Waktu Solat Subuh, Zuhur,Asar, Maghrib dan Isyak?

Bagaimanakan penentuan Waktu Solat Subuh, Zuhur,Asar, Maghrib dan Isyak?

Hadith:
“Daripada Abdullah bin Amru r.a. bahawasanya Nabi s.a.w bersabda, “waktu zuhur bermula dari tergelincir matahari di mana bayang seseorang itu sama panjang dengan tingginya selagi tidak masuk waktu asar, waktu asar pula berakhir sehingga cahaya matahari menjadi kuning (matahari hampir terbenam), waktu sembahyang maghrib pula akan berakhir sehingga hilang awan merah dilangit sebelah barat. Waktu isyak pula berakhir sehingga pertengahan dari setengah malam. Waktu sembahyang subuh pula ialah dari terbit fajar sehingga terbit matahari”.
Huraian Hadith:
1. Waktu zuhur bermula dari tergelincir matahari sehingga bayang seseorang itu sama panjang dengan tingginya.
2. Waktu asar bermula dari bayang seseorang itu lebih panjang dari tingginya yang sebenar sehingga matahari hampir terbenam.
3. Waktu maghrib bermula ketika tenggelam matahari sehingga hilang tanda-tanda merah (syafaq) di sebelah barat.
4. Waktu isyak bermula dari hilang tanda-tanda merah (syafaq) dilangit sehingga pertengahan dari setengah malam.
5. Waktu subuh ialah bermula dari naik fajar hingga terbit matahari.

Soal Jawab Agama Berkaitan/ Related post or question:

  1. Bagaimanakah caranya untuk menentukan waktu solat bagi orang Islam yang bekerja sebagai pelaut? Bagaimanakah pula penentuan kiblat diputuskan ketika berada di laut? Adakah terdapat rukhsah untuk mendirikan solat dalam situasi demikian? Minta diperjelaskan untuk panduan bagi mereka yang mempunyai karier dilautan…..

  2. asslamualaikum ustaz/ustazah…saya selalu bekerja luar negeri dan seperti sedia maklum diharuskan jamak solat,saya ada membeli sebuah buku terbitan tempatan dan ada hadis dari riwayat al bukhari mengatakan Rasulullah apabila tamat tempoh jamak dan qasar iaitu 3 hari,baginda melakukan solat qasar pada solatnya selama 18 hari. Jadi saya di sini ingin meminta pandangan ustaz samada betul atau tidak,ini kerana saya ada mengajar teman2 sekerja dan majikan saya dan mereka ragu-ragu pula,jadi saya di sini ingin meminta kepastian dari pihak tuan.Cara menjamakkan sembahyang seperti yang dinyatakan di atas umpamanya dikerjakan sembahyang Zuhur di waktu Asar atau sebaliknya. Begitu pula dengan sembahyang Maghrib dikerjakan pada waktu Isyak atau sebaliknya. Tetapi sembahyang Asar tidak boleh dijamakkan pada sembahyang Maghrib kerana itu bukan tempatnya.Syarat Jamak Taqdim:1. Meniatkan jamak di waktu yang pertama.(Sahaja Aku Bersembahyang Jamak Taqdim Asar ke Zohor 2 rakaat kerana Allah S.W.T.)2. Tertib ertinya mendahulukan mana yang patut didahulukan dan mengakhirkan mana yang patut diakhirkan. Maksudnya dikerjakan lebih dahulu sembahyang yang pertama kemudian yang kedua.3. Berturut-turutan ertinya setelah selesai mengerjakan sembahyang yang pertama, hendaklah segera dikerjakan sembahyang yang kedua tanpa diselangi / dibatas oleh sesuatu perbuatan dan perkataan lain melainkan untuk berwudhuk kembali.Sembahyang qasar pula ialah memendekkan solat yang empat rakaat kepada dua rakaat iaitu untuk solat zohor, asar dan isyak sahaja.Syarat jamak ta’khir:1. Meniatkan jamak di waktu yang pertama. Jika tidak, tidak sah jamaknya.(Sahaja Aku Bersembahyang Jamak Ta’khir Zohor ke Asar 2 rakaat kerana Allah S.W.T.)2. Lanjut perjalanan hingga akhir waktu kedua, andaikata ia sedang berjalan.Lafaz niat:1. Lafaz niat bagi jamak takdim contohnya Sahaja aku solat fardhu zohor 4 rakaat ( sekiranya tidak qasar, kalau qasar 2 rakaat ) dijamakkan kepadanya asar jamak taqdim kerana Allah s.w.t. Sahaja aku solat fardhu asar 4 rakaat dijamakkan kepada zohor jamak taqdim kerana Allah s.w.t2. Lafaz niat bagi solat jamak takhir Sahaja aku solat fardhu asar 4 rakaat dijamakkan kepadanya zohor jamak takhir kerana Allah s.w.t. sahaja aku solat fardhu zohor 4 rakaat dijamakkan kepada asar jamak takhir kerana Allah s.w.t.3. Cara mengerjakannya ialah menunaikan kedua-dua solat dalam satu waktu seperti menunaikan solat zohor dan asar dalam waktu zohor ( jamak taqdim ) …

  3. saya selalu tertidur sebelum sempat solat isyak…tetapi saya dengan sengaja untuk bangun pada jam 5 pagi setiap hari untuk solat isyak…adakah solat saya dapat di terima??? dan apa hukum solat saya???bila waktu isyak tama??adakah sebaik sahaja azan subuh atau sebelumnya???terima kasih

  4. apakah jarak solat asar dan maghrib?Ini kerana saya sering was-was utk mengerjakkan solat asar di lewat petang dalam sekitar pukul 6.30ptg ke atas.

  5. Berapa lama tempoh waktu solat Isyak.Adakah dari masuknya waktu Isyak hingga ke sebelum waktu subuh?


  • hamba Allah

    Assalamualaikum ustaz,

    Saya mengenali seorang perempuan yang bekerja di dalam satu syarikat perbankan yang sama (berbeza jabatan dan tempat) secara kebetulan. Setelah berkenalan dalam tempoh yang singkat, dia mendapati saya seorang yang baik lalu meluahkan pada saya pelbagai masalah hubungannya dengan suami yang tidak bertanggungjawab dari segi nafkah sehinggalah dia sudah bergelar ibu tunggal yang beranak tiga. Keakrabannya dengan saya adalah kerana saya sering menjadi tempat untuknya meluahkan masalah dan meminta buah fikiran. Dia mendapati saya sahabat yang amat sesuai untuk berkongsi disebabkan saya suka menasihatinya dengan cara positif. Disebabkan saya, dia kembali berubah mendekati al-Quran dan rajin bersolat. Terus terang saya katakan bahawa saya mengetahui pelbagai masalah luaran dan dalaman yang melanda kerana dia mengakui seikhlas hati dan bersumpah dengan nama Allah hanya saya sahaja tempat dia mengadu dan tidak berani berbuat demikian pada rakan sepejabat, keluarga terdekat dan yang sama jantina dengannya kerana sikap mereka, mulut, pendapat ahli keluarga yang tidak bernas dsbg. Dia seorang yang amat sensitif dan pesimis terhadap sesuatu perkara dan amat memerlukan saya sebagai sahabat yang baik untuk dia kuat meneruskan hidup demi Allah kerana sikap saya yang sentiasa positif dan bersangka baik dengan qada’ dan qadar. Dia terlalu rindu pada saya sebagai sahabatnya untuk dia bercerita setiap hari dan sekiranya dia tidak dapat berhubung dengan saya lebih beberapa hari, dia akan mudah sakit, tiada kudrat untuk bekerja, kerap menangis dsbg. Kami berjanji untuk berjumpa sekali sekala (1-2 bulan sekali) untuk mengubati kerinduannya pada sahabatnya ini yang banyak menolongnya dan dia pula banyak menolong saya dalam pelbagai perkara. Persoalannya ustaz, waktu berjumpa dihabiskan dalam masa satu hari daripada pagi sampai petang dengan makan bersama, tengok wayang dan berjalan-jalan hanya berdua. Dia mahu meluangkan masa dengan saya tanpa sesiapa di sisi. Niatnya bersahabat dengan saya adalah ikhlas dan tiada perasaan. Saya pula sudah berkahwin dan sukar untuk diterangkan pada isteri saya perihal sahabat saya ini kerana masalah jantina. Saya pula sememangnya tidak selesa begini kerana kerap berbohong pada isteri sewaktu kami berjumpa untuk mengelakkan pergaduhan dan cemburu. Saya pula kadangkala berbohong pada rakan saya ini apabila menolak untuk berjumpa dan sms dengan mengadakan pelbagai alasan. Bantu saya ustaz. Saya runsing kerana saya enggan berjumpa dengannya lagi tanpa mahram (tidak berjumpa adalah lebih baik) tapi khuatir dia akan sentiasa menangis dan dia mempunyai pelbagai alasan untuk keluar berdua kerana padanya niatnya adalah hanya sebagai rakan akrab saja dan tak lebih dari itu. Tambahan, dia sanggup berbuat sesuatu tanpa memikirkan kesan buruk sekiranya saya tidak mahu berjumpa lagi dan memutuskan persahabatan ini. Hakikatnya saya tidak mahu menanggung dosa berbohong pada isteri, dia, rakan2 dan terutama sekali sedar akan Allah yang sentiasa Melihat. Wajarkah saya menjauhkan diri daripadanya untuk kebaikan keluarga saya?