Bagaimanakah cara Solat Raya Aidilfitri. Saya terlupa kerana solat setahun sekali?

Cara solat Raya Aidilfitiri adalah seperti berikut:

Solat hari raya Idulfitri dua rakaat hukumnya sunat, segala rukun dan syarat serta sunatnya sama

seperti solat fardu yang lima, kecuali perkara sunat yang ditambahkan iaitu bertakbir tujuh kali
pada rakaat pertama dan lima kali pada rakaat yang kedua, disertakan dengan bertasbih di antara
tiap-tiap takbir.
1. Lafaz niat

 

 

Ertinya: “ Sahaja aku solat sunat Idulfitri dua rakaat tunai ( sebagai Imam/ makmum) kerana Allah
Taala.”

 

2. Lafaz tasbih

 

 

 

 

Rakaat Pertama

  • 1. Di mulai dengan lafaz takbir ratulihram dengan menyebut Allah hu Akbar disertakan
  • dengan niat di dalam hati.
  • 2. Membaca doa iftitah
  • 3. Lafaz takbir tujuh kali di selangselikan dengan bacaan tasbih
  • 4. Membaca surah al- Fatihah
  • 5. Membaca surah al –Quran (di sunatkan membaca surah al-A’laa)
  • 6. Meneruskan solat sehingga selesai rakaat pertama

Rakaat kedua

  • 1. Di mulai dengan lafaz takbir intiqalat(takbir permulaan rakaat kedua)
  • 2. Lafaz takbir lima kali di selangselikan dengan bacaan tasbih
  • 3. Membaca surah al-Fatihah
  • 4. Membaca surah al-Quran (di sunatkan dalam rakaat kedua membaca surah al-
  • Ghaasyiyah)
  • 5. Meneruskan solat sehingga selesai rakaat kedua
  • 6. Memberi salam

KHUTBAH IDULFITRI
Khutbah Idulfitri sama dengan khutbah Jumaat dari segi rukunnya. Namun sunat di mulakan oleh
khatib dengan lafaz takbir sebanyak sembilan kali berturut-turut pada khutbah pertama dan tujuh
kali berturut-turut pada khutbah kedua.

Soal Jawab Agama Berkaitan/ Related post or question:

  1. Bagaimanakah cara mengerjakan solat dhuha, istiharah, tahajjud, taubat dan hajat dengan cara yang ringkas(bacaan yang mudah)

  2. assalamualaikum, boleh diterangkan satu persatu cara solat sejadah subuh pada pagi Jumaat . Apakah bacaanya semasa sujud pertama ?niatnya 2 rakaat atau 3 rakaat untuk solat subuh?

  3. Salam, saya ingin tahu bagaiman cara yg paling afdhal untuk melakukan solat hajat. Saya dapati melalui pembacaan, ada berbagai cara melakukan solat hajat. Minta ustaz/ustazah jelaskan.

  4. saya ingin tahu cara lengkap menunaikan solat sunat tasbih.

  5. Assalammualaikum ust/ustz…Bagaimanakah cara untuk mengerjakan solat sunat istikharah untuk memilih pasangan hidup? Berapa kali perlu melakukan solat sunat tersebut..