Bagaimanakah cara mengerjakan solat dhuha, istiharah, tahajjud, taubat dan hajat dengan cara yang ringkas(bacaan yang mudah)

Solat sunat Dhuha : Solat sunat Dhuha adalah solat sunat yang dilakukansebanyak dua rakaat seperti solat-solat sunat yang lain. Ia dilakukanselepas lebih kurang 2 jam selepas sembahyang subuh sehingga pukul 11.00pagi.Niat sembahyang Dhuha ialah sahaja aku bersembahyang sunat Dhuha 2rakaat kerana Allah S.W.T.Dalam rakaat pertama bacalah surah Wassamsyi WaDhuhaha dan rakaat kedua bacalah surah Wad Dhuha.Solat sunat Istikharah : Solat sunat istikharah boleh dilakukan padabila-bila masa sahaja. Pada kebiasaannya dilakukan pada waktu malam.Caranya sama sahaja dengan sembahyang sunat yang lain, iaitu dua rakaatdengan satu salam. cuma yang berbeza ialah niatnya. Lafaz niatnya ialah’sahaja aku sembahyang sunat istikharah dua rakaat kerana Allah’. Selepasmebaca Fatihah dalam rakaat pertama bacalah mana-mana surah yangdiingati,begitu juga pada rakaat kedua. Selepas memberi salam berdoalah kehadhrat Allah SWT.Solat sunat Tahajjud : Solat sunat Tahajjud dikerjakan sebanyak 2 rakaatyang dilakukan selepas tidur daripada 1/3 malam. Bacaannya ialah padarakaat pertama syrah al-Kafirun dan rakaat kedua pula surah al-Ikhlas.Solat Sunat Taubat : Solat sunat Taubat dikerjakan sebanyak 2 rakaat yangsebaik-baiknya dilakukan pada 1/3 malam. Bacaan pertama ialah surahal-Kafirun dan rakaat kedua ialah surah al-Ikhlas.Solat sunat Hajat : Solat sunat Taubat yang dikerjakan sekurang-kurangnya2 rakaat pada bila-bila masa sahaja. Bacaan pertama ialah surah al-Kafirundan rakaat kedua ialah surah al-Ikhlas.

Soal Jawab Agama Berkaitan/ Related post or question:

  1. Boleh ke saya dapatkan matlumat mengenai solat dhuha

  2. tuan, bila masa yg sesuai untuk solat dhuha? antara jam berapa?

  3. Assalamualaikum. Dari jam berapa hingga jam berapa kita boleh solat sunat dhoha? Ada mana-mana organisasi yang mengeluarkan jadual waktu solat sunat dhoha seperti jadual waktu sembahyang lima waktu?

  4. BAGAIMANA KAH NIAT UNTUK MENGERJAKAN SEMBAHYANG DHUHA APAKAH SURAH SURAH YANG HARUS DIBACA DAN WAKTU/ MASA UNTUK MENGERJAKANNYA?

  5. Salam, saya ingin tahu bagaiman cara yg paling afdhal untuk melakukan solat hajat. Saya dapati melalui pembacaan, ada berbagai cara melakukan solat hajat. Minta ustaz/ustazah jelaskan.


Leave Your Comment

Your email will not be published or shared. Required fields are marked *


− 2 = five

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>