AssalamualaikumUstaz…saya ada beberapa kemuskilan dimana ia berkaitan dengan anak luar nikah. Ustaz, adik saya telah terlanjur dengan teman lelakinya yang berusia 15 tahun. Manakala adik saya perempuan yang berusia 21 tahun dan kini dia tengah mengandung. Adik saya mempunyai personaliti yang baik dimana perkara ini berlaku di luar kemahuan dia kerana dia disihirkan. Kemuskilan saya kini, apakah tindakan yang perlu saya lakukan. Adakah saya perlu memelihara bayi tersebut atau memberikan hak tersebut kepada mereka yang memerlukan. Apakah hubungan bayi tersebut dengan saya dan keluarga sekiranya saya memelihara bayi tersebut.Seandainya saya menyerahkan bayi tersebut kepada individu lain dengan rela dan beliau menyusukan bayi tersebut. Adakah bayi (anak luar nikah) tersebut menjadi ibu susuan kepada ibu angkat tersebut dan bagaimanakah hubungan bayi tersebut dengan keluarga angkat tersebut.

Anak zina tersebut wajib dipelihara dengan baik kerana ia adalah manusiajuga seperti kita, cuma kelahirannya tidak melalui perkahwinan yang sahdari segi syarak.Anak tersebut dikira anak tak sah taraf dan sebagai orangasing yang boleh berkahwin dengan ahli keluarga kita. Dari segi aurat,kita wajib menjaganya seperti aurat kita dengan orang asing.Sekiranya bayitersebut disusukan oleh orang lain, anak tersebut dikira anak susuandengan orang yang menyusukannya dan haram berkahwin dengan adik beradiksusuan berkenaan.

Soal Jawab Agama Berkaitan/ Related post or question:

  1. Assalamualaikum..Ustaz, saya mempunyai beberapa kemuskilan dimana ia berkaitan dengan isu anak luar nikah. Ustaz, sekiranya saya memelihara anak kepada anak luar nikah adik saya. Saya belum berkahwin dan di dalam perancangan ke arah tersebut. Sekiranya saya memelihara bayi (anak luar nikah) tersebut, apakah hukum bayi tersebut dengan suami saya. Sekiranya saya mengandung dan melahirkan anak, bolehkah saya menyusu bayi tersebut. Bagaimana hubungan saya dan suami dengan anak susuan tersebut. Apakah tindakan yang sewajarnya saya lakukan. Apakah hukum saya sekiranya saya memisahkan anak luar nikah tersebut dengan ibunya. Sekiranya saya ingin menyerahkan bayi tersebut, siapakah individu yang layak untuk memelihara bayi tersebut. Sekiranya individu tersebut berkelayakan dari segi harta dan agama pada pandangan saya, tetapi beliau dekat dengan saya, apakah perkara ini akan menjejaskan apa – apa perkara. Saya ingin melakukan solat istikarah, tetapi saya bimbang. Saya sayangkan bayi tersebut kerana bayi itu adalah darah daging saya dan tidak bersalah. Saya juga bimbang akan masa depan bayi tersebut seandainya saya tersalah serah kepada individu yang salah. Apakah tindakan yang perlu saya lakukan.

  2. Assalamualaikum..Ustaz, saya mempunyai beberapa kemuskilan dimana ia berkaitan dengan isu anak luar nikah. Ustaz, sekiranya saya memelihara anak kepada anak luar nikah adik saya. Saya belum berkahwin dan di dalam perancangan ke arah tersebut. Sekiranya saya memelihara bayi (anak luar nikah) tersebut, apakah hukum bayi tersebut dengan suami saya. Sekiranya saya mengandung dan melahirkan anak, bolehkah saya menyusu bayi tersebut. Bagaimana hubungan saya dan suami dengan anak susuan tersebut. Apakah tindakan yang sewajarnya saya lakukan. Apakah hukum saya sekiranya saya memisahkan anak luar nikah tersebut dengan ibunya. Sekiranya saya ingin menyerahkan bayi tersebut, siapakah individu yang layak untuk memelihara bayi tersebut. Sekiranya individu tersebut berkelayakan dari segi harta dan agama pada pandangan saya, tetapi beliau dekat dengan saya, apakah perkara ini akan menjejaskan apa – apa perkara. Saya ingin melakukan solat istikarah, tetapi saya bimbang. Saya sayangkan bayi tersebut kerana bayi itu adalah darah daging saya dan tidak bersalah. Saya juga bimbang akan masa depan bayi tersebut seandainya saya tersalah serah kepada individu yang salah.

  3. Assalamualaikum ustaz…Saya ada beberapa perkara mengenai anak luar nikah. Ustaz, salah seorang dari keluarga saya telah terlanjur dan akan melahirkan anak. Saya ingin memberi hak peliharaan ini kepada individu lain demi menjaga maruah keluarga saya dan menyelamatkan bayi ini dari menjadi mangsa masyarakat dan masa depan kanak – kanak tersebut. Selain daripada itu, saya juga dimaklumkan tentang aurat dan hubungan antara saya dan bayi tersebut. Seandainya saya menyerahkan bayi tersebut kepada seseorang yang ingin mengambil bayi tersebut sebagai anak angkat dan ingin meyusukan bayi tersebut. Bagaimanakah penamaan anak tersebut. Bolehkah bayi tersebut dinamakan dengan nama bapa angkat tetapi tidak berbin atau binti sebagai contoh aulia saffiyya imran. Apakah cara lebih afdal mengikut syariat Islam.

  4. AssalamualaikumAdakah bayi luarnikah boleh diumpamakan sebagai anak yatim piatu kerana ibukandungnya sendiri mempunyai batas-batas aurat dgn anaknya sendiriBegitu juga dengan ayahnya yang tidak boleh di binkan dengan namanya.Apakah hikmah dan hukum memelihara bayi luar nikah yang dijadikan ibu susuan?Terima kasih

  5. Saya mempunyai seorang pakcik yang telah berkahwin dengan seorang wanita, pada waktu perkahwinan itu berlangsung pakcik saya tidak tahu langsung wanita tersebut telah pun mengandung dan bayi di dalam kandungan itu bukan milik pakcik saya. Setelah 5 bulan mereka berkahwin wanita tersebut telah melahirkan anak secara paksa dan bayi itu telah diserahkan kepada ibu saya untuk dibela. Pakcik saya dengan secara rela hati telah membinkan bayi tersebut kepada namanya. Kini bayi tersebut telah berusia 14tahun dan pakcik saya masih lagi memperisterikan wanita tersebut. Ustaz apakah hukum bagi perkahwinan mereka, adakah ia haram dan perlukah mereka akad nikah semula dan bagaimana bin yang telah di berikan kepada bayi tersebut.


Leave Your Comment

Your email will not be published or shared. Required fields are marked *


seven − 5 =

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>