Apakah aurat kakak, adik perempuan dengan adik beradik lelaki?

Aurat bagi bapa, bapa mentua, anak sendiri atau anak tiri, saudara sendiri (adik-beradik), anak bagi saudara lelaki dan (perempuan) wanita Islam, hamba sahaya, orang gaji lelaki yang sudah tua dan tidak berkeinginan lagi kepada perempuan, dan kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan adalah anggota badan yang hanya dibenarkan untuk diperlihatkan ialah rambut, telinga, leher, bahagian atas dada, lengan dan kaki.

Anggota lain seperti perut, paha, dua kemaluan adalah haram didedahkan kepada lelaki mahu pun wanita kecuali hanya kepada suami.

Apa yang jelas ialah seorang wanita hendaklah menutup apa yang perlu ditutup (berpakaian secara sopan) dan dimaafkan jika terbuka secara tidak sengaja atau atas keperluan bila berhubung dengan keluarga sendiri (al-Qaradawi, 1995: 154-161).

Soal Jawab Agama Berkaitan/ Related post or question:

  1. Assalamualaikum.Apakah batas aurat perempuan dan boleh atau tidak bersentuh kulit dengan:i-bapa mertua? ii-adik beradik lelaki suami yang belum dan sudah baligh?iii-adik beradik lelaki (pakcik) sebelah emak?

  2. apakah hukum jika seorang adik membuka aurat kepada abang nya?apakah batas aurat dalam adik beradik dan ibubapa?

  3. Apabila seorang wanita yang kematian suami berkahwin dengan lelaki lain yang sudah mempunyai anak, apakah aurat antara anak perempuan wanita tersebut dengan bapa tirinya, dan apakah aurat antara adik-beradik tiri yang belainan ibu dan bapa? Adakah mereka menjadi mahram apabila kedua-dua ibu bapa mereka berkahwin? dan apabila mereka bercerai, adakah antara adik beradik tiri yang sudah tiada apa-apa hubungan lagi itu berkahwin suatu hari nanti?

  4. Saya ingin mengetahui dengan lebih lanjut tentang masalah perkahwinan. Adakah sepupu perempuan yang bapanya merupakan adik-beradik seayah dan seibu kepada bapa kita layak untuk dinikahi?Berikan maklumat lanjut tentang wanita yang boleh dan tidak boleh dinikahi. Saya juga ingin mengetahui adakah boleh seorang anak lelaki adik-beradik ayah yang lelaki menjadi wali kepada sepupu perempuannya? Sekian terima kasih.

  5. Saya ada terdengar satu pendapat bahawa hubungan saya dgn sepupu (anak kepada adik beradik lelaki ayah) adalah muhrim, blh membuka aurat seperti adik beradik lelaki kami dan kami tak batal air smbhyang bila bersentuhan sebab mereka blh mewali kan kami, sepupu2 perempuan. Sebaliknya pendapat itu juga menyatakan jika sepupu sebelah ibu, iaitu anak kepada adik beradik ibu, kami bkn muhrim.. Adakah ada keistimewaannya sepupu di sebelah adik beradik bapa. harap ustaz dapat menjelaskan nya.. Sekian terima kasih