1-Ape hukum mencabut uban,sebab ustaz saya kata cabut uban adalah haram

Makruh mencabut uban ataupun janggut yang beruban dan makruh membakarnyadengan api ataupun sebagainya supaya nampak seperti orang yang sudah tua.(Mughni al-Muhtaj, kitab al-udhiyyah fasal fi al-aqiqah: 4/374)Larangan mencabut uban ini telah disebutkan dalam hadis daripada ?Amr binSyu?aib daripada ayahnya daripada neneknya berkata yang maksudnya :? Sesungguhnya Nabi Shallallahu ?alaihi wasallam melarang daripada mencabutuban (kepala atau janggut) dan Baginda bersabda: ?Sesungguhnya uban itucahaya orang muslim.?(Hadis riwayat at-Tirmidzi)Hadis yang lain, daripada ?Amr bin Syu?aib daripada ayahnya daripadaneneknya berkata yang maksudnya :Maksudnya: ?Bersabda Rasulullah Shallallahu ?alaihi wasallam: ?Jangan kamucabut uban. Tiada daripada seorang muslim beruban dengan satu uban didalam Islam, berkata Musaddad (periwayat) daripada Sufyan: ?Melainkanbagi uban itu cahaya di hari qiamat.? Sementara katanya (periwayat) dalamhadis Yahya: ?Melainkan Allah menulis baginya dengan sehelai uban itu satukebajikan dan menggugurkan daripadanya (orang itu) dengan sehelai ubanitu satu kesalahan.?(Hadis riwayat Abu Daud)

Soal Jawab Agama Berkaitan/ Related post or question:

  1. Assalamualaikum..saya ingin bertanya bagaimana kalau seseorang yang mempunyai rambut yang beruban,mencabut uban-uban itu?dimana jika tidak dicabut uban-uban itu kepalanya akan berasa gatal..Harap ustaz dapat terangkan..terima kasih

  2. Apakah hukum mencabut uban….

  3. adakah rambut uban (putih) boleh dicabut sekiranya ia membuatkan seseorang itu gatal & tidak selesa di kepalanya?

  4. Saya mempunya anak saudara yang mengidap jantung berlubang dan doktor tidak boleh menjalankan pembedahan kerana jika dibedah keadaannya adalah sama tidak boleh baik. Dan doktor memutuskan untuk biarkan begitu sahaja sebab semua organ dalaman rosak. Masaalahnya abang saya tidak tahu sama ada patut benarkan doktor mencabut wire utk pernafasan. Jika cabut anaknya akan meniggal. Doktor cuma menuggu kata putus dari abang saya. Abang saya tidak tahu membuat keputusan. Takut macam bunuh sahaja. Terima Kasih.

  5. Apakah hukum dalam Islam seseorang yang mencabut gigi ketika berpuasa pada