Doa Ziarah Raya Aidilfitri


Saya ingin tahu cara puasa enam di bulan syawal?

Cara niat puasa 6 syawal :

“sahaja aku puasa sunat bulan syawal kerana Allah swt “.

Puasa adalah seperti bulan Ramadan, tidak disyariatkan puasa terus menerus dan juga lebih afdal berpuasa qada terlebih dahulu sebelum puasa enam kerana puasa qada adalah wajib manakala puasa enam dibulan syawal adalah sunat.

Bukhari meriwayatkan dari An Nasai dari Abu Ayyub al Anshari bahawa Nabi SAW bersabda yang maksudnya: “Barangsiapa yang berpuasa pada bulan Ramadhan, kemudian diiringinya dengan berpuasa enam hari pada bulan Syawal, maka seolah-olah dia telah berpuasa selama setahun penuh”. Jadi puasa enam pada bulan syawal ini merupakan puasa sunat sahaja.


Bolehkah gabungkan puasa enam dengan qada?

Tidak boleh gabung puasa enam dengan qada.  Yang paling afdal usahakan mengqada puasa Ramadhan dahulu, kemudian laksanakan puasa sunat enam, bulan Syawal.


Bagaimanakan penentuan Waktu Solat Subuh, Zuhur,Asar, Maghrib dan Isyak?

Bagaimanakan penentuan Waktu Solat Subuh, Zuhur,Asar, Maghrib dan Isyak?

Hadith:
“Daripada Abdullah bin Amru r.a. bahawasanya Nabi s.a.w bersabda, “waktu zuhur bermula dari tergelincir matahari di mana bayang seseorang itu sama panjang dengan tingginya selagi tidak masuk waktu asar, waktu asar pula berakhir sehingga cahaya matahari menjadi kuning (matahari hampir terbenam), waktu sembahyang maghrib pula akan berakhir sehingga hilang awan merah dilangit sebelah barat. Waktu isyak pula berakhir sehingga pertengahan dari setengah malam. Waktu sembahyang subuh pula ialah dari terbit fajar sehingga terbit matahari”.
Huraian Hadith:
1. Waktu zuhur bermula dari tergelincir matahari sehingga bayang seseorang itu sama panjang dengan tingginya.
2. Waktu asar bermula dari bayang seseorang itu lebih panjang dari tingginya yang sebenar sehingga matahari hampir terbenam.
3. Waktu maghrib bermula ketika tenggelam matahari sehingga hilang tanda-tanda merah (syafaq) di sebelah barat.
4. Waktu isyak bermula dari hilang tanda-tanda merah (syafaq) dilangit sehingga pertengahan dari setengah malam.
5. Waktu subuh ialah bermula dari naik fajar hingga terbit matahari.


Is Insurance Allowed in Islam? and Why is conventional insurance not permissible in Islam?

Yes, there is Islamic based Insurance and Conventional Insurance. Let’s start with conventional insurance and why it’s not permissible in Islam. Most Muslim believe that conventional insurance is forbidden in Islam because of Gharar (uncertainty). We are not sure if we are going to be paid by the insurance company, we don’t know when and how we are going to pay by conventional insurance company. This uncertainty is contradict with shariah law.

 

 


Bagaimanakah cara Solat Raya Aidilfitri. Saya terlupa kerana solat setahun sekali?

Cara solat Raya Aidilfitiri adalah seperti berikut:

Solat hari raya Idulfitri dua rakaat hukumnya sunat, segala rukun dan syarat serta sunatnya sama

seperti solat fardu yang lima, kecuali perkara sunat yang ditambahkan iaitu bertakbir tujuh kali
pada rakaat pertama dan lima kali pada rakaat yang kedua, disertakan dengan bertasbih di antara
tiap-tiap takbir.
1. Lafaz niat

 

 

Ertinya: “ Sahaja aku solat sunat Idulfitri dua rakaat tunai ( sebagai Imam/ makmum) kerana Allah
Taala.”

 

2. Lafaz tasbih

 

 

 

 

Rakaat Pertama

  • 1. Di mulai dengan lafaz takbir ratulihram dengan menyebut Allah hu Akbar disertakan
  • dengan niat di dalam hati.
  • 2. Membaca doa iftitah
  • 3. Lafaz takbir tujuh kali di selangselikan dengan bacaan tasbih
  • 4. Membaca surah al- Fatihah
  • 5. Membaca surah al –Quran (di sunatkan membaca surah al-A’laa)
  • 6. Meneruskan solat sehingga selesai rakaat pertama

Rakaat kedua

  • 1. Di mulai dengan lafaz takbir intiqalat(takbir permulaan rakaat kedua)
  • 2. Lafaz takbir lima kali di selangselikan dengan bacaan tasbih
  • 3. Membaca surah al-Fatihah
  • 4. Membaca surah al-Quran (di sunatkan dalam rakaat kedua membaca surah al-
  • Ghaasyiyah)
  • 5. Meneruskan solat sehingga selesai rakaat kedua
  • 6. Memberi salam

KHUTBAH IDULFITRI
Khutbah Idulfitri sama dengan khutbah Jumaat dari segi rukunnya. Namun sunat di mulakan oleh
khatib dengan lafaz takbir sebanyak sembilan kali berturut-turut pada khutbah pertama dan tujuh
kali berturut-turut pada khutbah kedua.


Hukum memakai tudung?

Apakah hukum memakai tudung bagi wanita? Hukum memakai tudung bagi wanita adalah wajib.


Bagaimana takbir raya dalam rumi kerana saya tidak mahir membaca dalam Arab?

 اللّهُ أكبر اللّهُ أكبر
Allahu Akbar, Allahu Akbar 
Allah is Great, Allah is Great

اللّهُ أكبر
Allahu Akbar
Allah is Great

لا إلَهَ الا اللّه
La illaha il Allah 
there is no God, but Allah

اللّهُ أكبر اللّهُ اكبر
Allahu Akbar, Allahu Akbar 
Allah is Great, Allah is Great

و لِلّه الحمدَ
walilahil Hamd 
to Him belongs all Praise

اللّهُ أكبرُ كَبيِرَا
Allahu Akbaru Kabeera 
Allah is the Greatest

وَالحَمدُ لِلّهِ كَثِيرا
wal-Hamdulilahi katheera 
And all Praise is due to Him

وَ سُبحَان اللّهِ
wa Subhan allahi 
And Glory to Allah

بُكرَةً وَأصْيِلا
bukratan wa aseila 
eventide and in the morning

لا إلَهَ الا اللّه
La illaha il Allah 
there is no God, but Allah the Unique

صَدَقَ وَعدَه
sadaqa wa’dah 
He has fulfilled His Promise

وَنَصَرَ عبده
wa nasara abda
and made Victorious His servant

وأعزَ جُنَده
wa a’azza jundahu 
and made Mighty His soldiers

وَهزم الأحْزَابَ وحْدَه
wa hazamal-ahzaaba wahdah 
and defeated the confederates

لا إلَهَ الا اللّه
La illaha il Allah 
there is no God, But Allah

وَلا نَعبُد الا أياه
wa laa na’budu illa iyyah 
He alone we worship

مُخلِصِّينَ لَهُ الدّيِنَ
mukhlessena lahud-deena 
with sincere and exclusive devotion

وَلوْ كَرِهَ الكَافِروُن
walaw karehal-Kafeeroon
even though the idolaters hate it

اللّهمَ صَلِّ على سيْدنَا مُحَمد
Allahumma salli ala sayyedna Muhammad 
O Allah, have Mercy on our Prophet Muhammad

وَعَلى آلِ سيْدنَا مُحَمد
wa ala aalie sayyedna Muhammad
and on the family of our Prophet Muhammad

وَعَلى اصْحَابِ سيْدنَا مُحَمد
wa ala as-haabie sayyedna Muhammad 
and on the companions of our Prophet Muhammad

وَعَلى أنصَارِ سيْدنَا مُحَمد
wa ala ansari sayyedna Muhammad 
and on the helpers of our Prophet Muhammad

وَعَلى أزوَاجِ سيْدنَا مُحَمد
wa ala azwajie sayyedna Muhammad
and on the wives of our Prophet Muhammad

وَعَلى ذُرِّيَةِ سيْدنَا مُحَمد
wa ala dhurreyatie sayyedna Muhammad
and on the progeny of our Prophet Muhammad

وَ سَلّم تَسْلِيماَ كَثّيرا
wa sallim tasleeman katheera
and Bestow upon them much peace.

 Download Takbir raya Rumi for Android Phone @ Google Play


Apakah aurat kakak, adik perempuan dengan adik beradik lelaki?

Aurat bagi bapa, bapa mentua, anak sendiri atau anak tiri, saudara sendiri (adik-beradik), anak bagi saudara lelaki dan (perempuan) wanita Islam, hamba sahaya, orang gaji lelaki yang sudah tua dan tidak berkeinginan lagi kepada perempuan, dan kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan adalah anggota badan yang hanya dibenarkan untuk diperlihatkan ialah rambut, telinga, leher, bahagian atas dada, lengan dan kaki.

Anggota lain seperti perut, paha, dua kemaluan adalah haram didedahkan kepada lelaki mahu pun wanita kecuali hanya kepada suami.

Apa yang jelas ialah seorang wanita hendaklah menutup apa yang perlu ditutup (berpakaian secara sopan) dan dimaafkan jika terbuka secara tidak sengaja atau atas keperluan bila berhubung dengan keluarga sendiri (al-Qaradawi, 1995: 154-161).


Bagaimanakah niat puasa sebulan Ramadan?

 

Niat Puasa Sebulan Ramadan dalam rumi

Nawaitu Souma syari ramadhana kulihi lillahi taala.