Isteri adalah pembantu yang setia

Dalam hidup ini, kita mencari teman untuk membantu hidup kita. Antara bantuan seorang isteri adalah menjaga rumah suami dan menjaga maruah diri. Isteri yang baik akan setia menanti suami di rumah serta menjaga dan mendidik anak-anak.

Isteri adalah penyeri dalam rumah tangga. Tanpa isteri akan kosonglah sebuah rumah itu dan hilang serinya. Sayangi isteri dan hargai isteri. Setiap pergaduhan dan pertengkaran perlulah diselesaikan dengan cara yang baik. Jika salah seorang marah, maka seorang lagi perlu diam. Perlu cari jalan untuk berada ditempat isteri atau berada ditempat suami agar dapat merasa beban dan tanggungan hidup.

Janganlah bersangka buruk sesuatu yang tidak kita nampak, terima kekurangan pasangan.



Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Time limit is exhausted. Please reload the CAPTCHA.