Cinta kerana Allah

Cintalah mahkluk kerana Allah kerana sesungguhnya Allah itu maha kekal dan abadi. Sedangkan cinta pada mahluk belum tentu kekal hingga ke akhir usia. Lihatlah cinta itu dengan mata hati dan bukan dengan mata nafsu semata. Kerana sesungguhnya nafsu itu sering ingin melakukan kejahatan melainkan nafsu yang diberi rahmat.

Jauhkanlah dirimu dengan orang-orang yang bodoh dan buruk ahlak pekertinya. Pilihlah cinta kerana iman kerana hanya dengan iman sahaja manusia akan selamat.

Setiap kesusahan yang dilalui dengan sabar dan penuh keimanan akan dihilangkan rasa resah gelisahnya dan akan memujuk hati bahwa kita akan bertemu dengan pencipta untuk dibicarakan.

Maka tutuplah aib dan berdoalah agar dibuka pintu hati dan berbaik-baiklah kamu demi keimanan kepada Allah swt.



Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Time limit is exhausted. Please reload the CAPTCHA.