Berbaik semula demi kebaikan dunia dan akhirat

Kadang-kadang manusia sering melakukan kesilapan, kita lihat sejarah manusia daripada dulu hingga sekarang manusia tidak pernah lari daripada kesilapan. Kesilapan ini dapat membantu manusia menilai dengan lebih baik keadaan dan situasi.

Hidup ini penuh ujian, dan sama ada kita memilih untuk melarikan diri atau kita berusaha untuk mencapat kejayaan yang lebih baik daripada masa lalu hingga kini. Kita dapat melihat dalam erti kata lain bahawa, kadang-kadang sebagai manusia yang kerdil tidak pernah lari daripada membuat kesilapan.

Perbanyakan istifar untuk memohon keampunan dosa-dosa yang lalu, barang kali ujian yang melanda ini adalah untuk menghapuskan dosa lampau atau menaikan darjat seseorang.

Dalam keadaan seperti ini, haruslah kita muhasabah diri dan berubah menjadi lebih baik. Yakinlah dengan kata hati, insyallah akan bahagia hari esok.



Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Time limit is exhausted. Please reload the CAPTCHA.