Kisah suami dan Isteri

“Berapa yang perlu aku bayar agar aku tidak rasa bersalah untuk lepaskan kau?” bentak seorang suami kepada isterinya yang sedang terbaring lesu di atas katil.

Isterinya tidak menjawab, dia hanya diam dan merenung wajah suaminya itu. Berang dengan kerana tiada jawapan keluar daripada mulut isterinya. Dia keluar dari rumah.
Semenjak dua menjak ini, mungkin kerana tekanan hidup, setiap apa yang keluar dari mulut isteri adalah sesuatu yang menyakitkan hatinya, hubungan makin hambar dan isteri seperti sudah tidak memahami dirinya lagi.
Di luar rumah, dia bertemu dengan kekasih barunya yang lebih cantik dan bergaya. Suami mengadu akan segala kekurangan isterinya kepada kekasih barunnya.
Betapa isterinya seorang yang tidak pandai bergaya, kolot, dan sering memandang laptopnya bersendirian dibilik. Membosankan dan ortodoks.
Suami semakin hari semakin lupa tanggungjawabnya pada isteri, sehingga pada suatu hari, tiada lagi sms, call atau suara yang dikirim kepada isteri. Dia memutuskan segala komunikasi dengan isteri.
Sehingga pada suatu hari, suami datang bertemu dengan isteri. Sudah nekad mahu diceraikan isterinya.
Apabila diberitahu niat suami kepada isteri, maka hancur luluhlah hati isteri, sang isteri terduduk dan meraung dan menagis sepuas-puasnya. Melihat reaksi isteri yang sudah dijangka-jangka itu. Semakin yakinlah keputusan suami untuk menceraikan isterinya.
“Sebelum abang menceraikan diri saya”, saya ingin meminta satu permintaan.
“Dalam tempoh sebulan ini proses perceraian ini, saya ingin abang membawa saya disemua tempat yang abang pernah bawa semasa kita bercinta dulu”, pinta isteri.
Pelik dengan permintaan isteri, dan tidak mahu lagi memanjangkan hal sang suami bersetuju.
Hari pertama, suami membawa isteri ketempat pertama mereka bertemu di pusat membeli belah terkenal di kuala Lumpur. Di situ mereka makan di tempat pertama mereka bertemu. Isteri memakai tudung hijau yang disukai suaminya. Mereka makan seperti biasa dan tidak banyak bicara. Suami melihat wajah isterinya yang semakin kusam, timbul kedut-kedut kesan dari 7 tahun berlalu sepanjang hubungan mereka.
Dating kedua, suami membawa isterinya makan ditempat kedua, pusat beli belah berhampiran rumah suami. Disitu mereka makan di restoran jepun. Tidak banyak bicara, namun suami melihat kedut-kedut diwajah isterinya. Tubuh isterinya yang semakin cengkung. Timbul sedikit keinsafan melihat isterinya yang selama ini menyimpan segala derita dan sensara demi melihat kebahagian suami.
Maka, sepanjang sebulan itu, sang suami dan isteri pergi kesemua tempat yang pernah mereka lawati sepanjang mereka bercinta. Sedikit demi sedikit keintiman itu timbul. Sang suami tidak lagi melihat isteri seperti robot yang tidak bernyawa, malahan dapat merasakan bawa isteri itu manusia yang bernyawa dan mempunyai perasaan.
Melihat isteri yang setia, menahan segala siksa dan sensara dan hanya mampu menagis disetiap solatnya. Hati suami menjadi lembut. Mengapa sang suami harus mengsia-siakan seorang isteri yang berkorban demi diri aku. Laptop yang sering ditenung isteri adalah demi mencari duit tambahan untuk masa depan keluarga mereka. Isteri bimbang dengan jika pendapatan suami terputus maka perniagaan internet itu dapat membantu menampung hidup mereka.
Suami memutuskan hubungan dengan kekasihnya, kerna dia telah menjumpai cinta yang paling suci. Cinta suci yang tidak mengharap balas. Mereka belajar dari kesilapan lagu supaya perkara kecil tidak dibesar-bersarkan dan perkara yang samar tidak dibenar-benarkan. Sesunggunya mereka sangat bersyukur kerana tuhan masih sayang akan hubungan mereka.


One comment

  1. Bagus cerita ini…macam cerita seorang Cina lelaki hendak berpisah dengan isterinya sebab mempunyai kekasih lain dan mengatakan si isteri sudah gemuk dan tidak layak dengannya lagi. Sedangkan isterinya mengidap kanser yang hanya dapat bertahan selama sebulan. Isterinya memohon suami mendukungnya selama sebulan ke tempat tidur seperti baru2 kahwin. Si suami semakin hari semakin hairan sebab isterinya semakin ringan dan ringan. Dia kembali sayang dan memutuskan hubungan dengan kekasihnya tetapi belum sempat menyatakan sayangnya pada isteri, akhirnya si isteri meninggal dunia. Si suami menyesal tetapi tiada berguna lagi.

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Time limit is exhausted. Please reload the CAPTCHA.