Panduan menjadi muslim yang berjaya dunia dan akhirat.

Menjadi muslim yang berjaya bukan sahaja di dunia malahan di akhirat juga. Kehidupan di dunia dan di akhirat perlu diseimbangkan untuk menjadi insan yang berguna. Dalam menempuh setiap hari yang berlalu. Setiap muslim perlulah mengucapkan syukur pada seawal pagi, ketika mata ini dibuka kerana masih bernafas dan masih lagi mampu bangun dalam keadaan sihat. Sedangkan ramai lagi orang di luar sana yang apabila bangun dari tidur berada dalam keadaan sakit, berada dalam keadaan tidak berumah, dalam keadaan perperangan dan sebagainya.

Maka selepas selesai solat subuh, maka bertebaran di muka bumi Allah yang maha luas ini untuk mencari rezeki yang tidak disangka-sangka. Dalam usaha mencari kekayaan di dunia ini, jangan lupa bahagian di akhirat. Dalam usaha kita berkerja anggaplah bahasa setiap perbuatan dan amalan yang kita lakukan itu sebagai ibadah. Walaupun tidak berkaitan dengan bidang agama. Jika berkerja sebagai penoreh getah itu juga dianggap ibadah jika niat dan cara yang betul.

Dalam ketika itu, hubungan sesama manusia juga perlu dijaga. Anggaplah hubungan itu sebagai merapatkan silatulrahim sesama manusia. Jika ada krisis maka berusahalah untuk berbaik dengan mencari jalan perdamaian. Dan bersabar setiap dugaan dan ujian di dalam hidup ini. Apa yang kamu benci itu, barangkali akan menjadi kesukaan bagi kamu suatu hari nanti.

Anggaplah bahawa ujian dan dugaan itu sebagai satu pengajaran untuk menjadi insan yang lebih baik suatu hari nanti. Kita harus ingat bahawa manusia tidak lari dari sebarang kesilapan yang nyata mahupun tersembunyi. Buanglah yang keruh dan ambilah yang jernih. Dan mulakan lah hidup baru dengan lebih baik dan lebih bermakna.

Perjalan hidup yang perlu diteruskan ini, sedar atau tidak sedar, faktor ekonomi memainkan peranan yang penting. Pengurusan ekonomi yang baik serta pengurusan kewangan menjadi faktor penting dalam kehidupan seharian. Belajarlah untuk menabung, untuk menyimpan serta melabur untuk masa depan. Berbelanjalah secara berhemah dan jangan lupa untuk bersedekah kepada mereka yang memerlukan.

Sebelum tidur, bacalah ayat Kursi dan ucapkan alhamdullah kerana berjaya mengharungi hidup dengan keadaan yang sihat. Dan maaflah orang yang menyakiti hati kita, Insyallah kita akan berjaya dunia dan akhirat.

 



Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Time limit is exhausted. Please reload the CAPTCHA.