Ketika dirimu dicaci bersabarlah..

Image

Hati manusia ini lembut, hati ini adalah raja pada setiap anggota. Kerana itulah, apabila diri kita dicaci, dihina, dicerca oleh orang lain, hati kita akan merasa sakit.

Ketahuilah, ketika kamu dalam keadaan lemah, dan kamu dihina, serta dicaci, maka amat besarlah pahala jika kamu bersabar. Bersabar dan jangan dibalas hinaan dan cacian tersebut.

Orang yang sabar itu, adalah lebih baik dan lebih kuat dari orang yang mengeluarkan kata hinaan dan cacian itu. Sabar itu kekuatan dan sabar itu akan menjadikan hati kita semakin kuat dan semakin hampir pada penciptanya.

Hati yang sabar itu, adalah hati yang tawakal kepada tuhannya. Hati yang tawakal itu, tidak pernah lupa untuk sentiasa terus berdoa dan berusaha agar setiap masalah yang dihadapi itu dapat diselesaikan dengan cara yang baik.

Ingatlah bahawa, jagalah hatimu dengan sabar, lindungilah hati mu dengan tawakal dan elakanlah dirimu dari dukacita serta bersusah hati dari kata cacian dan hinaan orang lain.

Berapa ramai orang yang rugi akibat mengikut rasa hati? Berapa banyak silatulrahim terputus akibat rasa marah? Lihatlah betapa ramai orang yang menyesal akibat kata-kata yang tidak boleh ditarik balik?

Jadi, pilihlah sabar dan solat sebagai benteng untuk diri kamu..

Image

Jadikanlah sabar dan shalat sebagai penolongmu. Dan sesungguhnya yang demikian itu sungguh berat, kecuali bagi orang-orang yang khusyu’,

Surat Al-Baqarah: Ayat 45



Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Time limit is exhausted. Please reload the CAPTCHA.