Baik buruk perkahwinan di Selatan Thailand.

Menurut Keputusan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan Kali Ke 52 Bertarikh 1 Julai 2002 Hukum pernikahan di luar negara (selatan Thailand) adalah sah dengan syarat. Pernikahan itu mengikut rukun nikah, Pernikahan itu melebihi dua marhalah, Tiada keputusan mahkamah yang menghalang perempuan itu berkahwin atas alasan syarak di tempat dia bermastautin dan Pernikahan itu dilakukan oleh wali hakim yang diiktiraf oleh wilayah negara berkenaan dan diakad nikahkan di wilayah berkenaan di mana dia ditauliahkan sebagai wali hakim.

Kebaikan kahwin di Selatan Thailand.

  1. Mudah dan cepat tidak sampai 1 jam.
  2. Upacara ijab kabul tidak memerlukan sijil kursus kahwin (kecuali pasport antarabangsa)
  3. Boleh terus bulan madu dan shopping di Naratiwat, Thailand.
  4. Surat nikah boleh dikeluarkan dalam masa 1 hari.
  5. Berwali hakim bagi yang tidak mendapat restu.

Keburukan kahwin di selatan Thailand

  1. Walaupun mudah, namun mengundang spekulasi negatif umum.
  2. Masalah jika tidak di daftarkan di Malaysia akan berlaku masalah tuntutan jika berlaku perceraian, daftar nama anak, harta dll.
  3. Terdedah kepada penipuan sindiket yang meragukan.
  4. Kebiasaan tidak mendapat restu ibu bapa dan keluarga. (Malu)

Contoh-contah masalah kahwin lari ini walaupun sah akan menyebabkan kontroversi. Terbaru pelakon Fizz fairuz telah bertunang dengan Isteri orang yang kahwin di selatan Thai. Justeru, baik dan buruk perkahwinan di thailand ini perlu ditimbang semasa-masaknya.



Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Time limit is exhausted. Please reload the CAPTCHA.