Suami,Isteri dan dot dot dot

Image

Suami atau isteri ego atau sombong merupakan satu penyakit dalam pasangan yang berkahwin hari ini. Masalah ini adalah akibat rasa cinta yang semakin terhakis. Pada awal perkahwinan, kita akan dapat mengetahui perangai sebenar pasangan kita. Kita akan dapat melihat belang sebenar dan dari situ akan timbul konflik.

Apabila konflik timbul maka, adalah tugas suami untuk sentiasa memujuk, membelai, mengambil hati dan bergurau senda. Isteri yang bahagia akan senang untuk berkerja,mengemas rumah, menjaga hal rumah tangga. Walaupun hidup dalam serba kekurangan, mereka ini akan sanggup bersusah payah walaupun suami tidak berpangkat besar.Insyallah, akan terpancar kebahagian dan kerukunan rumah tanga pasangan ini.

Walaubagaimanapun, hal ini tidak akan berlaku jika isteri mata duitan. Duitan ini bermaksud ada wang abang sayang, tiada wang abang melayang. Ini adalah resepi mudah untuk meleburkan rumah tangga. Perempuan yang bersifat demikian akan mengalami tekanan perasaan, rasa malu dan bersalah sepanjang hidup. Jika berkahwin lain sekalipun, mereka akan tetap dan sentiasa bersusah hati dan berkeluh kesah.Sifat tidak pernah cukup inilah yang menyebabkan hati mereka berduka cita walaupun suami mereka penat berkerja mencari nafkah dan rezeki. Wang adalah alat kasih sayang dan bukan matlamat kasih sayang.

Dalam, hidup berumah tangga. Kita mestilah berbaik-baik dalam berusaha mengekalkan kerukunan rumah tangga. Adalah perlu untuk memastikan bahawa perkahwinan ini diselami dan dibajai dengnan kasih sayang. Jika isteri banyak cakap, pemarah maka, suami perlulah menganggap ia cuma dugaan kecil.Suami tidak boleh bengkok sama.

Hal ini amat berkait rapat dengan kreteria memilih pasangan. Jika kita menyalahkan pasangan masing-masing atas kekurangan dan kelebihan. Maka kita perlu melihat akan agamanya. Agamanya bukan sahaja bermaksud dari solat dan puasanya sahaja. Tetapi juga meliputi bagaimana ia bergaul, sifat dan peribadi. Kita perlu boleh menerima kelebihan dan kekurangan pasangan. Ini adalah asas utama kerana mereka akan redha ini lah pasangan hidup mereka seumur hidup.

Bagaimana mengatasi masalah suami atau isteri yang marah, baran dan cepat marah ini. Bukankah sifat pemarah ini satu sifat yang membakar dan memusnahkan rumah tangga. Orang yang pemarah jiwanya sakit tenat dan perlu diubati. Apabila suami atau isteri marah, kita perlu sabar dan redha kerana itu adalah sifat suami kita. Usaha untuk cari jalan untuk elak suami atau isteri marah. Jika suami atau isteri marah makanan lambat siap, maka siapkan lah makanan dengan awal. Jangan dilawan akan marahnya kerana akan menjadi api yang merebak. Cari jalan untuk tutup kemarahan suami atau isteri. Lama kelamaan penyakitnya itu akan reda.

Amalkan membaca surah toha ayat 1-6 sebanyak 1000 kali. Mudah mudahan akan lembut hati-hati mereka ini.



Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Time limit is exhausted. Please reload the CAPTCHA.