Singa sayang anak, manusia buang anak?

Image

 

Dewasa ini kita sering mendengar kisah mengenai pembuangan bayi di dada-dada akhbar. Apa sudah hilang pertimbangan akalkah manusia ini?

Kes pembuangan bayi ini menjadi satu fenomena yang amat menyanyat hati. Lihat bagaimana, bayi kecil yang tidak berdaya ini dibuang sesuka hati sama ada di tali air, di tong sampah, jamban tandas awan dan sebagainya.

Mana yang sedikit berperikemanusian ini, akan mencampaknya di tepi pintu masjid. Adalah amat menyedihkan hal ini kerana sifat kemanusian sudah hilang akibat tekanan hidup.

Melihat fenomena ini, adalah menjadi tanggungjawab kita untuk melihat, memantau dan memahami sertai menyelesaikan masalah ini.

Sama ada perlu diwujudkan talian kasih, tabung bayi atau ape sekalipun. Penyelesaian kepada masalah ini hendaklah daripada asasnya. Mewujudkan sebuah institusi rumahtangga yang bahagia sepatutnya menjadi asas kepada pembentukan kehidupan yang sempurna.

Anak yang membuang anak ini, biasanya lahir dari keluarga yang kacau bilau. Keluarga yang kacau bilau ini akan menyebabkan tiadanya kasih sayang dan ikatan yang kukuh. Maka anak-anak mereka akan keluar mencari kasih sayang yang lain.

Lantaran akan berlakukan perkara-perkara sumbang yang tidak elok, menyebabkan belaku keterlanjuran yang tidak disengajakan atau disengajakan. Ini akan menyebabkan masalah sosial yang akan berpanjangan dari satu generasi ke satu generasi.

Memahami hakikat ini, rantaian permasalahan ini haruslah diputuskan dan disekat dari peringkat akarnya lagi. Apabila akarnya sudah putus, maka tidak akan berbungalah masalah-masalah ini.

Justeru itu, kita perlu kembali kepada jalan kebenaran iaitu jalan yang lurus. Surah Al-Fatihah yang kita baca setiap hari ketika solat..

Image

Tunjukilah kami jalan yang lurus.

Hanya kepada Allah jualah tempat kita memohon pertolongan dan dijauhkan daripada perkara-perkara yang merosakan ahlak serti peribadi.

Kalau kita melihat haiwan pun sanggup berkorban dan merisiko nyawa untuk menyelamatkan anaknya. Inikah pula kita manusia? Maka fikir-fikirkan dan renung-renungkan.



Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Time limit is exhausted. Please reload the CAPTCHA.