Bagaimana mengambil hati ibu-bapa kekasih?

Image

 

Soal jawab agama hari ini.

Assalammualaikum. Saya pernah terlanjur dgn kekasih dan pernah mengugurkan kandungan kerana bimbang malu dan dikutuk masyarakat. Kami rasa menyesal di atas perbuatan kami dan berjanji untuk bernikah tetapi malangnya hubungan saya dan dia tidak mendapat restu daripada keluarga kekasih saya.

Pelbagai cara telah kami usahakan untuk menambat hati keluarga kekasih malangnya keluarga kekasih tetap tidak mahu menerima saya walaupn keluarganya telah mengetahui perbuatan kami dan sanggup berusaha untuk memisahkan kami.

Bagi menyelesaikan masalah ini, saya pergi berbincang dengan keluarga kekasih untuk mencari jalan penyelesaian. Malangnya kami telah dicaci dan dihina. Saya kini buntu untuk mencari jalan penyelesaian.

Apa yang patut saya lakukan sedangkn kami saling menyayangi antara satu sama lain dan mahu bernikah kerana tidak mahu lagi terlibat dengan dosa besar iaitu berzina.

Zarina (bukan nama sebenar)

Johor

Jawapan:

Walaikumsalam w.b.t

Kepada saudari moga mendapat rahmat Allah swt. Dalam membina sebuah rumah tangga yang harmorni serta kukuh. Kasih sayang sahaja tidak cukup dalam melayari rumah tangga. Restu kedua ibu bapa merupakan salah satu perkara yang penting dalam menjalani kehidupan rumah tangga.

Kita dapat lihat sendiri apabila rumah tangga mengakhiri fasa bulan madu, maka kasih sayang yang dah hilang ini akan menyebabkan rumah tangga retak, dan tanpa restu ibu bapa dan keluarga tentulah tiada pihak ketiga yang dapat dan mahu memberi nasihat bagaimana menyelamatkan rumah tangga.

Keluarga yang bahagia hanya dapat dibina melalui landasan yang benar untuk melahirkan zuriat yang soleh serta solehah.

Jika benar sudari pernah terlanjur maka hendaklah bersegera memohon keampunan dari Allah swt. Dosa zina adalah dosa besar serta menggugurkan kandungan adalah sangat dimurkai Allah. Justeru saudari berdua hendaklah bertaubat dengan sebenar-benar taubat kerana taubat itu adalah kunci keampunan dan ketenangan.

Allah berfirman dalam Surah Ali Imrah ayat 89.

Image

[ca_audio url=”http://alhafiz.net/wp-content/uploads/2012/10/003089.mp3″ width=”500″ height=”27″ css_class=”codeart-google-mp3-player”]

 

Kecuali orang-orang yang bertaubat sesudah (ingkar) itu, serta memperbaiki keburukan mereka, maka sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.

 

Maka bertaubatlah dan carilah keredhaan Allah swt. kerana di situ adalah kebahagian yang sebenar. Sesungguhnya rahmat dan kasih sayang Allah itu maha luas. Dan segala soal rezeki, jodoh dan ajal pertemuan itu merupakan ketentuan Allah swt.

Mungkin ibu-bapa mempunyai alasan yang kukuh untuk melarang anak-anak mereka daripada berkahwin kerana mereka sudah terlebih dahulu makan garam serta mengetahui panca roba rumah tangga. Rumah tangga mestilah berpaksi atas tangungjawab. Kasih sayang semata-mata tidak memadai, ilmu kekeluargaan serta ilmu agama perlulah cukup dan penuh d dada. Lagi-lagi dalam zaman sekarang yang penuh pancaroba. Justeru itu saudari perlu tabah serta berubah dari sekarang menjadi insan yang lebih baik dan cemerlang.

Kerana saudarilah bakal yang membentu serta mencorakkan anak-anak yang bakal dilahirkan kelak. Jadikan hari ini lebih baik dari semalam>



Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Time limit is exhausted. Please reload the CAPTCHA.