Kenapakah kita suka bertangguh?


Persoalan kenapa kita suka bertangguh sebenarnya mempunyai punca sikologi yang lebih mendalam selain daripada membenci kerja tersebut. Sesetengah orang suka bertanggung membuat kerja yang penting di dalam hidup dan kemudian berasa menyesal dan membuat kerja dalam keadaan gopoh gapah apabila masa sudah suntuk. Ini sering dikaitkan dengan sifat rakyat Malaysia yang suka buat kerja last minute.

Punca kenapa orang suka bertangguh?

Punca utama orang suka bertangguh dari segi sikologi adalah berkait rapat dengan nilai diri mereka. Mereka yang suka bertangguh biasanya telah di abuse semasa kecil atau membesar oleh ibu bapa yang mendesak mereka. Apabila desakan ini berterusan menyebabkan diri seseorang cuma mengelak daripada membuat atau bertangguh sesuatu kerja bagi mengelakan nilai diri mereka di uji.

Salah satu faktor lain adalah, kanak-kanak yang dibesarkan oleh ibu bapa yang mendesak anak mereka mengikut arahan mereka tanpa soal. Anak ini akan membesar menjadi sesorang yang tidak tetap pendirian dan tidak boleh membuat keputusan tanpa kehadiran pihak yang lebih berautoriti. Ini akan menyebabkan seseorang itu membesar dan menjadi seseorang yang suka bertangguh kerana tidak tahu atau tidak boleh membuat keputusan tentang apa yang perlu dilakukan.

Sifat bertangguh punca kemurungan

Orang yang suka bertangguh akan menyebabkan mereka sering bertukar-tukar kerjaya, tidak mempunyai pelan jangka masa panjang atau tidak mengikut pelan yang telah disediakan. Rasa bersalah dan kegagalan ini sedikit sebanyak menjadi penyumbang kepada sifat kemurungan.

Penyelesaian kepada sifat suka bertangguh

Sifat bertangguh ini hanya boleh diselesaikan dengan mengetahui punca kenapa seseorang itu suka bertangguh, adakah sifat bertangguh itu kerena mahu mengelak dari nilai atau maruah diri diuji? Maka penyelesaian kepada masalah ini adalah dengan meningkatkan keyakinan diri.

Membaca artikel ini atau artikel motivasi mengenai time management tidak dapat membuang masalah suka bertangguh kerana ia hanyalah untuk hiburan semata-mata. Apa yang perlu anda lakukan ialah kena pasti punca sebenar kenapa anda bertangguh.



Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Time limit is exhausted. Please reload the CAPTCHA.