Mencari redha Ilahi

Apabila hati ini semakin keras, lantaran dosa-dosa yang diselami dengan noda-noda hitam kehidupan. Maka makin hanyut dan jauhlah dari redha ilahi.

Maka hati yang meronta-ronta mencari keredhaan Tuhan ini akan merasa kosong dan merasa seperti terpinggir.

Dalam mencari penghidupan di dunia ini, dalam luasnya bumi tuhan ini, kita semakin lupa arah dan tujuan sebenar berada di dunia ini. Maka hati-hati yang kesunyian ini akan merengek dan menunjukkan ragam yang sebenarnya.

Ragam ini akan dipamerkan dalam bentuk kesedihan, kekuyuaan, kealpaan dan kehilangan nur pada wajah. Nur yang hanya hadir pada hati-hati yang telah menjumpai cinta Tuhannya.

Maka, Apakah kesudahan ini? Terus dengan penhidupan yang menghimpit? Atau cubalah basihi bibir ini dengan zikirullah. Caranya bergitu mudah, boleh dilakukan di mana-mana tempat yang sesuai. Bukan hanya ketika sakit atau ditimpa musibah semata. Boleh dilakukan dimana-mana dan bila-bila masa. Maka hati ini perlu sedar dan kembali kepada Tuhan yang esa.

Mulakan lah dengan zikirullah, istifar, dan berbahagialah dalam usaha mencari redha ilahi.

Nukilan
Alhafiz Islam



Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Time limit is exhausted. Please reload the CAPTCHA.