Maka perkenankanlah doa ini…

Sebenarnya dalam menuntut kasih ilahi bukan mudah, kasih ini bukan lah sesuatu yang boleh diperolehi dengan mudah. Kasih ilahi ini merupakan satu anugerah, anugerah yang diberikan kepada hati-hati yang lembut. Kepada hati-hati yang ingin tunduk serta memahami akan fitrah kejadian alam ini. Bila hati mendayu, dan apabila hati ini menjadi sayu, kerana rindu pada cinta ilahi, lantaran di tutupi oleh dosa-dosa dan noda-noda hitam yang lantaran menyebabkan bercampur baurnya rasa kasih ini. Pada taat serta pada pilihan dunia yang menekan serta memaksa untuk jiwa ini alpha.

Pada hari ini, pada detik ini apabila bersuara suara hati, yang semakin rindu dan semakin ingin mencari pada kasih dan nur kepada Ilahi. Sesunggunya akan tiba, dan akan pasti bahawa, kasih akan sentiasa berputik, kerana hati ini menrindui penciptanya dan akan menjadi gundah gula apabila melihat akan semakin jauhnya kasih ilahi.

Moga, lembutlah, serta bergenanglah air mata menghapus dosa, pada 1/3 malam yang hening, dan mencari keredahaan serta keampunan Tuhannya yang sentiasa menerima setiap taubat serta rayuan hambanya.

Maka perkenalanh doa ini..



Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Time limit is exhausted. Please reload the CAPTCHA.