Kita Memerlukan Cara Baru

Dunia hari ini mengalami perubahan yang amat drastik, terutama di dunia Barat. Ramai berlumba-lumba mengejar keduniaan dan melupakan akhirat. Agama telah dijadikan permainan politik dan agenda yang perlu dilupakan. Mereka sudah lupa asal usul mereka dan perubahan in telah banyak merubah kehidupan mereka.

Islamophobia

Penduduk Islam di Barat telah mengalami tekanan yang begitu dahsyat, mereka dicemuh, mereka tidak dibenarkan berhijab dan sebagainya. Hadis- hadis nabi telah dicerca & al-Quran dikatakan membenarkan keganasan, pemerkosaan dan pembunuhan. Nabi Muhammad s.a.w dikatakan membenarkan pembunuhan secara besar-besaran. Fakta-fakta dan nash-nash dari Quran dan hadith yang dikemukan telah disalah guna dan diputar belitkan.

Dunia hari ini tidak lagi memandang Islam sebagai agama yang berdakwah kepada kebenaran dan keamanan. Mereka melihat Islam sebagai agama yang mundur dan kebelakang dan juga agama yang tidak dapat berkompromi dengan dunia sains dan teknologi.

Mereka tidak tahu

Ramai yang tidak tahu tentang Islam. Sesetengah daripada mereka hanya mendengar perkataan Islam dari peti televisyen di rumah mereka. Mereka hanya menerima secara bulat-bulat apa yang disuapkan kepada mereka.
Ada yang berpendapat Islam adalah agama pagan yang majoritinya kaum Arab dan menyembah Kaabah. Ada yang berpendapat kumpulan militan itulah Islam yang benar. Buku- buku yang ada dipasaran kebanyakannya mengutuk dan mencerca Islam dan Nabi Muhammad. Buku yang prejudis kepada agama begitu banyak sehinggakan mereka tidak tahu yang mana benar dan yang mana batil.

Ada diantara mereka begitu terbuka terhadap agama. Mereka ingin mencari agama, tetapi tidak berjumpa. Kenapa mereka tidak berjumpa? Adakah salah mereka kerana membaca buku yang salah? Jawapan nya ada pada kita. Kita yang bersalah kerana tidak menunjukan mereka jalan yang benar.

Dakwah cara Barat

Agama Islam didasarkan kepada pemikiran yang matang dan rasional. Kita juga mempunyai ramai cediakawan yang mengamalkan sains dan agama. Jika benar umat Islam dapat mengamalkan apa yang diajar oleh Rasullah saw, maka hujah-hujah dari pihak atheist dan agama lain senang ditepis.

Perdebatan antara agama begitu hebat di Barat, mereka diajar cara berdebat, cara menangkis hujah-hujah pihak Atheist dan agama lain. Perdebatan dilakukan secara intelektual supaya tidak pihak yang berkecil hati dalam pendebatan yang dijalankan. Para pendakwah mengemukan hujah-hujah yang bernas dan meyakinkan. Mereka diberi peluang berdebat mengunakan kitab-kitab bukan Islam. Hujah-hujah yang diberikan meyebabkan ramai yang terpaku.

Adakah kita di Malaysia besedia untuk menerima tekanan sebegitu?

– Artikel iluvislam.com

Biodata Penulis
Mohd Hifzan Shafiee Merupakan seorang jurutera yang berkhimat di Pulau Pinang. Beliau berkongsi karya di http://hifzanshafiee.wordpress.com/ .



Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Time limit is exhausted. Please reload the CAPTCHA.