Mari tuan puan,
Saya ada jual ubat,
ubat bukan sebarang ubat,
Ini ubat pelbagai hikmat,
Tiada jampi, tiada penat.
Ini ubat penyakit orang alpha,
Terlupa pada alam yang kekal disana,
Terbalut dirinya dengan debu-debu dosa,
Tertipu pada dunia ikut-ikutan semata.
Khabarnya bila jelita, diri mesti dipuja,
atau dapat 4 flat, megah tak terkata,
Rumah besar , namun tiangnya tak terpasak ,
Kereta mewah, tapi rukun keempat jadi tak endah,
Kononnya jadi bos, orang lain hina belaka,
Bila poket penuh, awek balak merata=rata.
Hidup hanya untuk bersuka ria semata.
Sedangkan bila nikmat binasa tiba-tiba,
Meraung-raung bagai orang gila.
Simptomnya mudah untuk diselidiki,
Semakin yang dihajati telah dimiliki,
Semakin kosong terasa di hati,
Sedangkan yang dikumpul bukan hakiki.
Mari tuan puan,
Saya ada jual ubat,
ubat bukan sebarang ubat,
Ini ubat cerlang gemilang,
Segala sakit bisa hilang,
Ini ubat penyakit cinta,
Penyakit ini, penyakit muda remaja,
Penghidapnya derita sengsara,
kerna ‘boipren’ tak setia,
atau ‘gurlpren’ kayu tiga,
Sedang dah berjanji sehidup semati,
Putus di tengah, cinta pun pergi.
Simptomnya mudah untuk dikesani,
Malamnya memuja sang mentari,
Siangnya merindu sang purnama,
Sedang penderitaanya tak henti-henti jua.
Mari tuan puan,
Saya ada jual ubat,
ubat bukan sebarang ubat,
Mari semua mari rapat,
kalau lambat takut tak sempat.
Saya ada jual ubat,
ubat ini bukan rahsia,
Sudah masyur segenap dunia,
Pengamalnya akan hidup sejahera,
Jiwanya kan tenang sentiasa,
Andai dirinya berpegang pada Alquran dan Sunnahnya,
Aku penjual ubat takkan salah,
Andai pada Allah dirimu berserah,
Kerna dia maha kekal selamanya,
Tempat bersandar segala cinta.
Perlu kau perteguh rasa kehambaan,
Rasa hamba yang penuh kehinaaan,
Bayangkan Allah sentiasa melihatmu,
Bertaubat dan malulah pada dosa-dosamu.
Solatmu wajib mesti berterusan,
Sembahyangmu mesti tanpa malas-malasan,
Tegakkan tiangmu penuh rasa kehambaan,
Kyusukmu ikhlas mencari redha Tuhan.
Dan solatmu wajib Lima dan bukan ikut keadaan.
Hargai setiap masa yang berlalu,
Basahi lidahmu dengan mengigati Tuhanmu,
Jadikan Nabi Muhammad model ikutanmu,
Muhasabah diri, penuhi dadamu dengan ilmu.
Insyallah, kau akan sembuh seperti dulu.
Usahakanlah bangunlah di sepertiga malam,
Rayulah dan rintihlah pada Tuhanmu,
Linangilah dirimu dengan air mata,
Besar kemungkinan kau duiji sedemikian rupa,
Kerana kau sering alpha dan terlupa.
Wahai tuan-puan.
Sekian saja dagangan saya hari ini,
Besok besok saya jual lagi ubatnya,
Walau ubat ini pahit ditelan di sini,
tapi yakinlah ianya manis dihirup di sana.